Rabu, 27 November 2013

Teknik Asas Drift

Teknik Asas Drift

Sukan DRIFT semakin berkembang luas di Malaysia. Jika dibandingkan dengan negara Jepun, ia sudah lama maju seiring dengan teknologi kereta yang diguna pakai.

Di sana,kereta2 seperti AE86,S15,Skyline sudah menjadi satu kebiasaan buat drifter2 yang ingin memulakan sukan ini. Lagipun performance part yang berkualiti seperti CUSCO,ORC,JUN mudah didapati dan juga murah. (Biasalah…diorang sendiri yang buat)

Kita di Malaysia,kereta2 seperti Toyota KE/TE,Datsun-Y adalah permulaan asas yang kompetetif. Harga yang mahal untuk sebuah AE86 atau supercar lain memungkinkan ramai lagi memilih kereta2 oldskool yang murah.

Tetapi, mendapatkan sebuah kereta yang standard bukanlah satu langkah yang mudah untuk bermula mempelajari skill DRIFT. Sebaliknya, teori asas pemanduan dan teknikal kereta yang telah diubahsuai menjadi ‘asas’ untuk bermula.

Jadi, saya ingin berkongsi dengan anda apa yang telah mungkin lakukan oleh pengemar drift untuk bersedia memulakan ‘ASAS DRIFT’…


1) TEKNIKAL ASAS KERETA.

1a) Sebuah kereta yang mempunyai pacuan belakang (RWD)
Saranan: Toyota KE70,TE71/72, Datsun120Y/140Y, Mitsubishi Galant ‘Kotak’

1b) Enjin dan clutch dalam keadaan yang masih elok.
Saranan: Buat minor overhaul untuk keyakinan semasa high throttle.

1c) Gearbox / differential belakang perlu di welding (Untuk menggantikan fungsi LSD)
Saranan: Dapatkan informasi detail dari mana2 drifter yang telah menggunakan cara ini.

1d) Spring yang keras dan lowered.
Saranan: Potong spring pun kira o.k dah.

1e) Tayar spare tambahan.
Saranan: Minima satu pasang (2 tayar). Lebih lagi bagus.

2) PERSEDIAN ASAS PEMANDU

2a) Mempunyai kemahiran asas pemanduan kereta yang bertranmisi manual.

2b) Mengetahui impak2 yang berada di sekitar kawasa latihan yang boleh mengundang kemalangan.

2c) Tidak terlalu ghairah. Seeloknya perlu bersedia secara tenang.

2d) Mempunyai dan memakai alatan keselamatan seperti helmet (jika perlu),kasut dan sebagainya.

2e) Fokus pada kawalan kereta.

2f) Berhentikan kereta jika keadaan tidak selamat.

3) SKILL ASAS DRIFT.

3a) ‘Donut’
Ulasan:
- Dalam keadaan static, masukkan gear 1 dan pusingkan stereng ke kanan/kiri sehabis boleh.
- Tekan throttle hingga ke 3000~4000 RPM.
- Lepaskan clutch sederhana pantas.
- Kawal throttle dan stereng untuk mendapatkan ‘Donut’ yang stabil.

3b) ‘8’
Ulasan:
- Mahirkan dulu asas ‘Donut’ dan perlukan bantuan yang pakar di track latihan. Agak sukar kami men’teori’kannya.

3c) ‘L’
Ulasan:
- Dalam keadaan static,masukkan gear 1.
- Luncurkan kereta sehingga mendapat kelajuan yang sederhana.
- Tekan clutch,tarik handbrek hingga kereta berpusing ke kanan dan tekan brek hingga kereta berhenti
O Jajaran permulaan dan berhenti seakan huruf ‘L’


3d) ‘U’
Ulasan:
- Dalam keadaan static,masukkan gear 1.
- Luncurkan kereta sehingga mendapat kelajuan yang sederhana.
- Tekan clutch, tarik handbrek sehingga kereta mula berpusing ke kanan.
- Lepaskan handbrek dan clutch serentak. Kereta akan sedikit drift.
- Kawal throttle dan stereng.
- Luncurkan kereta melawan arah dapatkan kedudukan tegak semula.
O Ia seperti kita u-turn biasa, tetapi cara ini u-turn secara drift

Ini adalah ringkasan asas2 mengenai teknik sukan drift. 50% persedian teknikal dan mental. 50% lagi training yang berterusan. Sehingga sekarang pun,saya masih di peringkat training dan asas. Saya masih belajar dan mencari pengalaman.


Agen Bola